Kehidupan Awal Lee Zii Jia

Lee Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan pelajarannya di Bukit Jalil Sports School. Pada tahun 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Junior di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri Persatuan Badminton Malaysia.

2016

Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Junior acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkar separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir final di India International Series.

2017

Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Polish International. Seterusnya, Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger[2]

2018

Pada Oktober 2018, Zii Jia berjaya mara peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taipei Cina 2018 selepas memenangi pelawannya iaitu ranking dunia no. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.[3][4]

2019

Pada Ogos 2019, beliau sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, \namun tewas kepada Chou Tien-chen. Zii Jia seterusnya layakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir.[5] Pencapaian beliau meningkatkan rangking dunia BWF Zii Jia mencatat no.11 pada 12 November 2019. Pada bulan Disember, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019,[6] dan juga memungut pingat perak acara lelaki berpasukan.[7]

2020

Pada awal tahun 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Badminton Terbuka di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia.[8] Pada bulan Februari, hbeliau mengetuai pasukan badminton Malaysia, wdan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.[9] Pada peringkat akhir Kejohanan NBadminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Pada bulan March 2020, Zii Jia nberjaya melayakkan diri ke pertandingan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2020, kali ini merupakan aksi pertama di kejohanan tersebut.[10] Beliau berjaya memenangi Jonatan Christie Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peingkat separuh akhir Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor dengan mengambil masa 73 minit..[11][12] Pencapaian beliau telah meningkatkan rangking dunia BWF ke tangga nombor 10 pada17 March 2020.[13]

Rujukan

WikiPedia: Lee Zii Jia http://www.stadiumastro.com/sports/badminton/artic... http://bwfcontent.tournamentsoftware.com/profile/d... http://bam.org.my/player/lee-zii-jia https://www.freemalaysiatoday.com/category/sports/... https://timesofindia.indiatimes.com/sports/badmint... https://www.malaymail.com/news/sports/2019/08/23/l... https://www.malaymail.com/s/1680232/malaysias-zii-... https://www.nst.com.my/sports/badminton/2017/11/29... https://www.nst.com.my/sports/badminton/2020/03/57... https://www.nst.com.my/sports/badminton/2020/03/57...